Khamis, 18 Ogos 2011

RESEPI - KUIH KERIA / kuih gelang...


assalamualaikum....nak tanya,semalam korang semua buka apa?mesti sedap-sedapkan menu korang..korang beli ke masak sendiri?korang mesti terror-terror kan?nak tahu tak semalam za berbuka apa?tak tahu???nie yang nak bagitahu nie..walaupun za berbuka tiga beranak je(suami kejer jauh),tapi,za tetap menyediakan juadah berbuka.za masak sendiri tau,za xbeli kat PARAM(singkatan bagi pasar ramadhan).za pergi PARAM,bila sang hursband balik ujung minggu je...tu pun,g skali seminggu....selebihnya,za lebih suka masak sendiri...okey...berbalik pasal menu berbuka semalam...semalam,za buat kuih keria/kuih gelang...kekadang,kita sebut kuih keria,orang tak tahu,tapi,kalau sebut kuih gelang....masing-masing angguk tanda tahu...kes nie terjadi pada mak za....hari-hari mak za akan telefon,tanya ari nie masak menu apa...semalam za sebut ler kuih keria...mak tanya balik,kuih ape tu?...za pun jawab....ala,yang macam donut tu...berlubang kat tengah tu...tapi yang nie guna ubi keledek...pas tu,mak pun sebut...o....kuih gelang tu ker?yang salut gula kat luar tu.....za pun sebut ahh haaa...itu ler kisah pasal kuih keria nie...jadi,kita teruskan ke agenda yang sebenarnya.

MENU: KUIH KERIA
Sumber: resepimesra.net.com

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2)

  • 500 gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-caranya
  1. rebus ubi keledek hingga empuk
  2. toskan airnya dan bubuh sedikit garam
  3. lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas
  4. rehatkan dulu sementara menuggu ubi betul-betul sejuk
  5. bila sudah sejuk,masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati
  6. buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. setelah siap digoreng,masak gula dengan air dalam kuali lain.
  8. didihkan gula hingga pekat.
  9. masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata.bagi semua kuih kena gula.
  10. kacau hingga gula nampak bertali baru tutup api.
  11. dah tutup api,kacau lagi hingga gula kering dan kuih tidak melekat.
  12. jom makan.
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!


##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

MENU BERBUKA DALAM BULAN PUASA

assalamualaikum....
hari nie,za nak bercerita mengenai menu berbuka...actually,tak tahu kenapa,bulan puasa nie,kemahuan untuk membuat biskut,kuih muih dan memasak lauk pauk menjadi bergitu excited berbanding sebelum ini..tak tahu ape sebabnya...mungkin pengaruh kawan-kawan ia juga.yelah...kawan-kawan kat office nie,pakat...masing-masing dok print menu...pas tu dok sua kat za tanya nak tak?xnak buat ker?...dari situ,za mula berjinak-jinak melihat menu.nak plak tu,ingredient menu yang dape sua kat za tu tidak membebankan sangat...rasa dalam hati pun macam boleh buat...tu yang jadi lagi...lagi...lagi excited tu.
antara juadah berbuka(kuih muih) yang dah za sediakan sehingga ramadhan ke 18 adalah:
  • puding jagung
  • ondeh-ondeh
  • ketayap
  • seri muka
  • bubur kacang
  • cupcake oreo
  • kuih keria
  • cucur udang
  • kuih sagu

dari segi lauk pauk lak...juadah biasa yang za sediakan...tapi,antara kelainan yang ada adalah:
  • ayam goreng seri wangi
  • mee kantonis
menu di atas xpernah buat sebenarnya..nie baru first time buat....entry lepas nie,za akan publishkan resepi-resepi yang za follow untuk buat juadah di atas...picturenya plak...xsemua sempat za capture...yang mana ada za capture,za akan publishkan...dan yang xada,za akan copy dari en google/dari blog sumber inspirasi za...

##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

Selasa, 12 Julai 2011

TIPS MUDAH UNTUK KHUSYUK SOLAT



Artikel mengenai tips ini liza perolehi di sini.

  1. Jauhi maksiat dalam hidup kerana ia memberi kesan negatif kepada hati.
  2. Selesaikan dahulu urusan kendiri (contohnya qada’ hajat(buang air), makan dan sebagainya).
  3. Fahami dan cuba hayati setiap apa yang dibaca.
  4. Sedar tentang setiap tuturan dan pergerakan dalam solat yang dilakukan
  5. Bayangkan betapa diri ini begitu kerdil dan lemah di depan Allah SWT

##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

Isnin, 11 Julai 2011

KEMBALIKKAN BLOG saya YANG LAMA

ASSALAMUAILAIKUM......

sedih bercampur duka bercampur lara liza rasa sekarang nie...
ape tidaknya,blog lama liza, dua-duanya dah diremove...

http://ibuarifandaisyah.blogspot.com/
http://norliza989.blogspot.com/

ape sebab nya pun liza tak tahu,terpaksalah liza buat blog baru..
habis hilang semua follower-follower liza
habis hilang semua contest,GA,lucky draw,blog segmen yang liza join...
habis hilang semua pic-pic yang za dah upload...
habis hilang semua senarai-senarai bloglist liza...........

ada sesiapa pernah alami hal / perkara yang sama x?
ape perasaan korang ye,,,,,,?
adakah sama perasaan macam liza...
rasa nak mengamuk pun ia juga...
tapi xtau nak lepaskan macam mana.......

ada sape2 yang tahu tak cara nak mengembalikan blog lama liza tu?
dan liza nak tahu juga,kenapa remove meremove nie boleh berlaku?

nasiblah lucky draw yang liza anjurankan hari 2 dah berakhir dan dah tahu pemenangnya...
kalau x,pasti mereka yang dah sertai marah...
penat-penat buat entry,tapi xtahu keputusannya....

kepada mereka-mereka yang ada terjumpa blog baru liza nie...
sudi-sudikanlah follow liza balik...
seeeeeeeedddddddddddddddiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhnya.......
##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

VROOM YOUR WAY FOR A 1-DAY DRIVE SESSION WITH PROTON EXORA!


klik banner



You could stretch your arms and legs in this spacey car!

With Proton, you can not only get to drive your family and friends in comfort, but safety is always the priority.

Want some space? Get 'em with Proton Exora!


You can also get your first-ever VIP Test Drive Session by registering yourself at www.allaboutexora.com today!

Don't just sit there in awe, Churpers. It's happening so share it with your family and friends!

##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

Ahad, 10 Julai 2011

MENDIDIK ANAK DENGAN KASIH SAYANG



Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.w.t. bermaksud:
“Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan
Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual
Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan
Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar
Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan
Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan
Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian
Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas


“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya”
##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!