Khamis, 18 Ogos 2011

RESEPI - KUIH KERIA / kuih gelang...


assalamualaikum....nak tanya,semalam korang semua buka apa?mesti sedap-sedapkan menu korang..korang beli ke masak sendiri?korang mesti terror-terror kan?nak tahu tak semalam za berbuka apa?tak tahu???nie yang nak bagitahu nie..walaupun za berbuka tiga beranak je(suami kejer jauh),tapi,za tetap menyediakan juadah berbuka.za masak sendiri tau,za xbeli kat PARAM(singkatan bagi pasar ramadhan).za pergi PARAM,bila sang hursband balik ujung minggu je...tu pun,g skali seminggu....selebihnya,za lebih suka masak sendiri...okey...berbalik pasal menu berbuka semalam...semalam,za buat kuih keria/kuih gelang...kekadang,kita sebut kuih keria,orang tak tahu,tapi,kalau sebut kuih gelang....masing-masing angguk tanda tahu...kes nie terjadi pada mak za....hari-hari mak za akan telefon,tanya ari nie masak menu apa...semalam za sebut ler kuih keria...mak tanya balik,kuih ape tu?...za pun jawab....ala,yang macam donut tu...berlubang kat tengah tu...tapi yang nie guna ubi keledek...pas tu,mak pun sebut...o....kuih gelang tu ker?yang salut gula kat luar tu.....za pun sebut ahh haaa...itu ler kisah pasal kuih keria nie...jadi,kita teruskan ke agenda yang sebenarnya.

MENU: KUIH KERIA
Sumber: resepimesra.net.com

Bahan-bahan ( 20 biji saiz comel2)

  • 500 gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-caranya
  1. rebus ubi keledek hingga empuk
  2. toskan airnya dan bubuh sedikit garam
  3. lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas
  4. rehatkan dulu sementara menuggu ubi betul-betul sejuk
  5. bila sudah sejuk,masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati
  6. buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. setelah siap digoreng,masak gula dengan air dalam kuali lain.
  8. didihkan gula hingga pekat.
  9. masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata.bagi semua kuih kena gula.
  10. kacau hingga gula nampak bertali baru tutup api.
  11. dah tutup api,kacau lagi hingga gula kering dan kuih tidak melekat.
  12. jom makan.
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!


##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!

MENU BERBUKA DALAM BULAN PUASA

assalamualaikum....
hari nie,za nak bercerita mengenai menu berbuka...actually,tak tahu kenapa,bulan puasa nie,kemahuan untuk membuat biskut,kuih muih dan memasak lauk pauk menjadi bergitu excited berbanding sebelum ini..tak tahu ape sebabnya...mungkin pengaruh kawan-kawan ia juga.yelah...kawan-kawan kat office nie,pakat...masing-masing dok print menu...pas tu dok sua kat za tanya nak tak?xnak buat ker?...dari situ,za mula berjinak-jinak melihat menu.nak plak tu,ingredient menu yang dape sua kat za tu tidak membebankan sangat...rasa dalam hati pun macam boleh buat...tu yang jadi lagi...lagi...lagi excited tu.
antara juadah berbuka(kuih muih) yang dah za sediakan sehingga ramadhan ke 18 adalah:
  • puding jagung
  • ondeh-ondeh
  • ketayap
  • seri muka
  • bubur kacang
  • cupcake oreo
  • kuih keria
  • cucur udang
  • kuih sagu

dari segi lauk pauk lak...juadah biasa yang za sediakan...tapi,antara kelainan yang ada adalah:
  • ayam goreng seri wangi
  • mee kantonis
menu di atas xpernah buat sebenarnya..nie baru first time buat....entry lepas nie,za akan publishkan resepi-resepi yang za follow untuk buat juadah di atas...picturenya plak...xsemua sempat za capture...yang mana ada za capture,za akan publishkan...dan yang xada,za akan copy dari en google/dari blog sumber inspirasi za...

##Terima Kasih Kerana Sudi Singgah Di Entry Ini,Kalau Suka Tolong Like Boleh!!!!!